Showing posts with label Perihatin. Show all posts
Showing posts with label Perihatin. Show all posts

BELI KERETA MELALUI INTERNET

Kebanyakan rakyat Malaysia sekarang lebih menyukai membeli secara on-line atau melalui internet. Kenapa cara ini lebih disukai?

1. Mudah berbincang dengan terbuka
Anda boleh meminta jurujual untuk memberikan sebutharga. Anda juga boleh bertanyakan promosi atau tawaran diskaun dan hadiah yang dinyatakan oleh jurujual secara lebih terbuka. Sekiranya anda berkunjung sendiri ke showroom misalnya, secara psikologi akan lebih mudah ditekan oleh jurujual.

2. Menjimatkan masa
Sekiranya kereta yang ingin anda beli adalah kereta Perodua atau Proton, dan sudah biasa melihat kereta ini hari-hari di atas jalan, rasanya tidak perlu pergi ke showroom.


TIPS BERURUSAN DI INTERNET

1. Dapatkan Maklumat
Pastikan anda dapat maklumat sepenuhnya berkaitan dengan pinjaman, harga dan kereta yang ditawarkan. Kebiasaannya, apabila mark-up loan, jurujual akan membuat pinjaman yang melebihi harga kereta. Atas sebab itulah, kami tunjukkan maklumat ini kepada anda secara telus.

2. Charge tersembunyi
Terdapat jurujual yang mengenakan pelbagai charge tersembunyi dari rm100 hingga rm1000 atau lebih, bergantung kepada kelicikannya mengenakan pembeli tersebut. Charge ini kadang-kadang semasa submit loan, kadang-kadang selepas loan lulus, kadang-kadang melalui over-loan anda. Tanyakan soalan ini dengan jelas.

3. Bandingkan
Sebaiknya anda bandingkan dengan jurual lain.

4. Pembayaran down-payment
Sebaiknya bayar terus kepada Syarikat pengedar tersebut. Minta official receipt Syarikat Pengedar berkenaan.


Untuk maklumat, sila hubungi kami:
Call / SMS 019 338 7710 (KR)
allcar.negotiator@yahoo.com

_________________________________________________________
Artikel berkenaan beli kereta secara on-line melalui Blog kami pernah tersiar dalam akhbar Kosmo! Terima kasih Kosmo! Terima kasih Aqmar.
Link: Kosmo! Beli kereta melalui Blog
.

KAMI DAN ANDA DAN MAKLUMAT

Maklumat dan maklum balas dari pemilik kenderaan adalah penting sebagai panduan apabila anda mengambil keputusan untuk membeli kereta baru mahupun terpakai.

Sebagai individu yang terlibat secara langsung dengan urusan jual beli pelbagai model dan brand kereta yang melibatkan trade-in, perbincangan dengan pemilik kereta berkenaan, penambahan ilmu dan maklumat melalui pembacaan, forum-forum tempatan dan lain-lain sumber maklumat, kami memperolehi banyak maklumat yang bermanfaat.

Maklumat ini kami salurkan dan kongsikan kepada anda sebagai tips untuk anda. Kami akan selalu ingat kata pujangga, 'orang yang memberikan dan menginginkan orang lain mendapat kebaikan, dia juga akan dilimpahi dengan kebaikan'.


TRADE-IN KERETA BARU BELI
Terdapat pembeli kami yang trade-in kereta yang tak sampai setahun pakai. Alasan model dan brand kereta tersebut banyak masalah. Bocor sana bocor sini. Overheating. Gear susah masuk. Spare-parts dah tunggu 3 bulan tak sampai-sampai lagi. Ini bukan kes terpencil, kebanyakan pemilik model dan brand ini mengadu masalah yang sama bila ditanya kenapa trade-in kereta yang tidak sampai setahun beli. Mereka sanggup top-up duit yang banyak semata-mata tidak ingin dibebani dengan masalah yang berpanjangan ini.

Kami tidak syorkan model ini kepada anda. Beli kereta bukan macam beli baju. Tak suka simpan dalam almari. Kereta selalunya adalah pelaburan yang kedua terbesar selepas rumah. Jadi pastikan anda tidak salah pilih.


CERITA-CERITA PEMILIK KERETA
Sebagai penjual kereta, apabila berjumpa dengan kawan-kawan dan pembeli kereta, topik yang selalu dibincangkan adalah kepuasan atau masalah kenderaan mereka. Kalau yang puashati dengan pembelian mereka, memang seronok mendengarnya. Tidak lekang memuji model dan brand kereta tersebut.

Kalau pemilik kereta yang banyak masalah, saya tumpang simpati. Contohnya baru 2 tahun pakai dah macam-macam masalah datang. Selalu meragam. Servis mahal. Kuat makan petrol.

Kami tidak syorkan model banyak masalah ini kepada anda.


PEMBACAAN FORUM-FORUM
Maklumat dari forum-forum ini, sama seperti cerita-cerita pemilik. Bezanya satu boleh didengar dengan celoteh-celoteh yang melucukan sambil pekena teh tarik mamak dan satu lagi melalui pembacaan internet.


REVIEW MAJALAH KERETA
Maklumat ini berguna untuk mengetahui spesifikasi, performance dan kepuasan panduan kereta baru. Cumanya maklumat ini terhad untuk kereta baru sahaja. Manalah ada kita baca review pasal kereta yang dah 5 - 10 tahun pakai.


Kami akan sentiasa membantu anda dengan ihklas. Sekiranya anda memerlukan pandangan kami dengan model pilihan anda, sila hubungi kami:


Call / SMS 019 338 7710 (KR)

.

PILIHAN DAN ANDA

Perjalanan tidak sentiasa lurus. Ada ketika kita harus memilih di antara dua. Bahkan di antara tiga, empat, lima atau enam. Begitulah indahnya kehidupan ini.

Kita diwarnai dengan berbagai pilihan. Warna tidak didatangkan dengan hitam dan putih sahaja. Merah itu juga warna. Kuning itu juga warna. Setiap puspawarna punyai keindahan tersendiri.

Dalam membuat pilihan terlalu banyak dahan dan ranting untuk dinilai. Penilaian lumrahnya dipengaruhi oleh hati sendiri dan pandangan orang lain.

Sekiranya pilihan anda tidak dibatasi oleh faktor kewangan dan anda menghadapi dilema dalam membuat pihan kereta yang bakal dibeli, utamakan hati anda sendiri. Kemudian barulah melihat pandangan orang lain. Ada ketikanya hati itu benar. Ada kalanya pandangan orang lain itu benar.

Kami sedia membantu anda dalam membuat pilihan dengan pandangan kami. Tetapi pilihan ditangan anda.

Call / SMS: 019 338 7710 (KR)
Email: allcar.negotiator@yahoo.com

.

JANGAN TIDUR


Tidur yang mencukupi adalah perlu untuk kesihatan. Namun dalam dua keadaan berikut jangan sekali-kali anda tidur atau tertidur.

Rule no. 1: JANGAN TIDUR KETIKA MEMANDU

Selalunya kita sendiri sedar kita amat mengantuk ketika memandu, tetapi disebabkan rasa ingin cepat sampai ke destinasi tujuan, kita paksa diri untuk terus memandu. Paksaan ini sebenarnya amat merbahaya kerana kemungkinan terlelap amat tinggi. Hanya kerana terlelap beberapa saat, kita mungkin akan terus terlelap tidak jaga-jaga lagi. Kebanyakan kes kemalangan maut adalah berpunca dari terlelap ketika memandu.

Sebaiknya sebelum memulakan satu perjalanan, terutama perjalanan yang agak jauh, pastikan diri dapat rehat dan tidur yang secukupnya. Saya faham, susah sebenarnya nak rehat dan tidur secukupnya sebelum memulakan perjalanan, kerana selalunya pada masa inilah macam-macam kerja nak buat. Baju tak lipat lagi, nak kemas sana nak kemas sini, kucing tak kasi makan lagi dan macam-macam lagi. Biasa la saya pun macam tu, suka buat kerja last minutes.

Ok. Tak per. Perjalanan tetap diteruskan. Kita pun start kereta dan mula memandu. Sekejap buka KLFM, sekejap HotFM, sekejap Sinar. Dah separuh jalan, mata mula rasa mengantuk. Masa kat umah tadi memang mata tak ngantuk. Nak terus ker nak berenti rehat. Nak terus ker nak berenti rehat. Ok. Back to rule no. 1, jangan paksa memandu kalau mata dah mengantuk, nanti terlelap. Terlelap kejap tak per lagi, terlelap terus... Tak mau la kan.. Ok. Jom berhenti rehat..



Rule no. 2: JANGAN TIDUR, ENJIN HIDUP, AIR-COND BUKA, TINGKAP TUTUP RAPAT

Saya faham, kalau tidur buka air-cond dan tutup tingkap, memang best sangat. Sejuk jer. Lagi-lagi masa tengahari.

Ini sebenarnya amat merbahaya. Asap dari ekzos menghasilkan gas karbon monoksida. Gas ni, senang-senang jer boleh masuk dalam kereta kita. Yang lebih menakutkan, gas ini akan menyebabkan kita makin mengantuk dan makin sedap nak tidur. Gas ni kalau sedut lama-lama, menyebabkan kematian. Cadang nak tidur nak rehat kejap, tau-tau tidur tak bangun-bangun. Walaupun kes kematian tidak banyak dilaporkan akibat dari kes ni, tapi kita tak mau la termasuk dalam statistik yang tidak banyak ni.

Semoga peringatan ini membantu kita untuk mengambil sikap waspada selalu. Berapa ramai anak-anak menjadi yatim piatu akibat dari sikap tidak ambil peduli kita. Kalau kita tak sayang diri kita sendiri, tak per, saya faham. Cuba la kita sayang anak-anak kita yang memerlukan kita, mak ayah kita yang sepatutnya kita yang menyembahyangkan jenazah dia dan bukan dia yang menyembahyangkan jenazah kita. Bini kita tak per la kut.... dia leh cari yang lain. Lagi-lagi kalau ada insuran tinggi (Hehehe.... untuk isteri-isteri, sekadar bergurau usik-mengusik. Kami faham kehilangan suami memang satu trauma..)

.

PANDUAN: PEMBAYARAN DUIT MUKA KERETA

Selain urusan 'Trade-in', anda harus berwaspada bila membuat bayaran duit muka kereta baru anda. Jika anda tidak yakin dengan salesman berkenaan, terutama melibatkan jumlah yang besar, tips berikut mungkin boleh membantu anda dari risiko ditipu:

1. Anda membayar terus kepada kerani kewangan showroom dan minta resit rasmi bayaran anda.

2. Anda membayar menggunakan cheque palang / bankers cheque kepada Dealer tersebut.

Ini akan membantu anda sekiranya sesuatu yang tidak diingini, seperti petikan akhbar Metro dibawah, berlaku.

_______________________________________________________

KUALA LUMPUR: Niat seorang gadis membeli kereta baru bagi memudahkan urusan sehariannya berakhir dengan kekecewaan apabila dia diperdaya seorang jurujual kereta dalam satu kejadian baru-baru ini.

Mangsa, Nurul Liana Noor, 21, seorang kakitangan kerajaan berkata, dia berhasrat membeli Proton Saga berharga RM38,000 dan mengunjungi bilik pameran yang terletak di Jalan Kuchai Lama, di sini bagi membuat urusan jual beli.

“Ketika di bilik pameran itu, saya dilayan seorang jurujual dikenali sebagai Yus. Bagi membuat tempahan, saya kemudian diminta membuat bayaran sebanyak RM300.

“Beberapa hari kemudian saya dimaklumkan bank sudah meluluskan pinjaman kereta yang bakal dibeli itu dan saya diminta pula membayar pendahuluan RM 4,298 bagi urusan dokumentasi. Wang itu diserahkan kepada jurujual terbabit dan diberi resit rasmi,” katanya.

Namun, sebaik hari penyerahan kereta, jurujual itu meminta dia mengambil kereta di bilik pameran lain yang terletak di Pandan Indah.

“Saya mula curiga dan mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena namun pergi juga ke bilik pameran yang dikatakan dan mendapati jurujual itu tiada di situ.

“Saya cuba menghubungi jurujual itu tetapi gagal sebelum ke pejabatnya di Jalan Kuchai Lama. Saya terkejut apabila diberitahu jurujual terbabit sudah diberhentikan kerja,” katanya, semalam.

Selain itu, majikan jurujual itu turut mendakwa mereka tidak pernah mengetahui tentang urusan jual beli keretanya.

“Lebih menyedihkan resit yang diberikan kepada saya adalah palsu walaupun tercetak nama syarikat pengedar itu. Sungguh mengecewakan kerana saya bukan membuat urus niaga di kedai kopi tetapi di bilik pameran,” katanya.

Laporan mengenai kejadian itu sudah dibuat di Ibu Pejabat Polis Brickfields kerana mendakwa ditipu.

Source: myMetro Online

.