JANGAN TIDUR


Tidur yang mencukupi adalah perlu untuk kesihatan. Namun dalam dua keadaan berikut jangan sekali-kali anda tidur atau tertidur.

Rule no. 1: JANGAN TIDUR KETIKA MEMANDU

Selalunya kita sendiri sedar kita amat mengantuk ketika memandu, tetapi disebabkan rasa ingin cepat sampai ke destinasi tujuan, kita paksa diri untuk terus memandu. Paksaan ini sebenarnya amat merbahaya kerana kemungkinan terlelap amat tinggi. Hanya kerana terlelap beberapa saat, kita mungkin akan terus terlelap tidak jaga-jaga lagi. Kebanyakan kes kemalangan maut adalah berpunca dari terlelap ketika memandu.

Sebaiknya sebelum memulakan satu perjalanan, terutama perjalanan yang agak jauh, pastikan diri dapat rehat dan tidur yang secukupnya. Saya faham, susah sebenarnya nak rehat dan tidur secukupnya sebelum memulakan perjalanan, kerana selalunya pada masa inilah macam-macam kerja nak buat. Baju tak lipat lagi, nak kemas sana nak kemas sini, kucing tak kasi makan lagi dan macam-macam lagi. Biasa la saya pun macam tu, suka buat kerja last minutes.

Ok. Tak per. Perjalanan tetap diteruskan. Kita pun start kereta dan mula memandu. Sekejap buka KLFM, sekejap HotFM, sekejap Sinar. Dah separuh jalan, mata mula rasa mengantuk. Masa kat umah tadi memang mata tak ngantuk. Nak terus ker nak berenti rehat. Nak terus ker nak berenti rehat. Ok. Back to rule no. 1, jangan paksa memandu kalau mata dah mengantuk, nanti terlelap. Terlelap kejap tak per lagi, terlelap terus... Tak mau la kan.. Ok. Jom berhenti rehat..



Rule no. 2: JANGAN TIDUR, ENJIN HIDUP, AIR-COND BUKA, TINGKAP TUTUP RAPAT

Saya faham, kalau tidur buka air-cond dan tutup tingkap, memang best sangat. Sejuk jer. Lagi-lagi masa tengahari.

Ini sebenarnya amat merbahaya. Asap dari ekzos menghasilkan gas karbon monoksida. Gas ni, senang-senang jer boleh masuk dalam kereta kita. Yang lebih menakutkan, gas ini akan menyebabkan kita makin mengantuk dan makin sedap nak tidur. Gas ni kalau sedut lama-lama, menyebabkan kematian. Cadang nak tidur nak rehat kejap, tau-tau tidur tak bangun-bangun. Walaupun kes kematian tidak banyak dilaporkan akibat dari kes ni, tapi kita tak mau la termasuk dalam statistik yang tidak banyak ni.

Semoga peringatan ini membantu kita untuk mengambil sikap waspada selalu. Berapa ramai anak-anak menjadi yatim piatu akibat dari sikap tidak ambil peduli kita. Kalau kita tak sayang diri kita sendiri, tak per, saya faham. Cuba la kita sayang anak-anak kita yang memerlukan kita, mak ayah kita yang sepatutnya kita yang menyembahyangkan jenazah dia dan bukan dia yang menyembahyangkan jenazah kita. Bini kita tak per la kut.... dia leh cari yang lain. Lagi-lagi kalau ada insuran tinggi (Hehehe.... untuk isteri-isteri, sekadar bergurau usik-mengusik. Kami faham kehilangan suami memang satu trauma..)

.

No comments:

Post a Comment