Secara peribadi, sekiranya anda terlibat dalam bidang jualan, faktor terbesar yang menyumbang kepada kejayaan kita adalah kegembiraan dalam memberikan kegembiraan kepada pelanggan kita.
Kegembiraan itu lahir dari khidmat yang ikhlas, jujur, bertimbang-rasa tanpa melihat duit sebagai faktor utama kepada perkhidmatan yang diberikan.
Ikhlas dan jujur dalam erti kata tidak mengambil kesempatan terhadap pelanggan yang tidak begitu memahami proses dengan mengambil kesempatan terhadap pelanggan. Memberi khidmat nasihat seolah-olah diri sendiri adalah pembeli kereta. Bertimbang rasa dengan mengambil kira kedudukan kewangan pelanggan kita.
Coretan ikhlas dari kami:
Call / SMS 019 338 7710
Email: allcar.negotiator@yahoo.com
.
SYARAT KEJAYAAN1. Kerjaya Salesman Kereta tidak memerlukan kelulusan Diploma atau ijazah. Yang penting fokus, disiplin, rajin, jujur, bertimbang-rasa dan sifat ingin belajar.HALANGAN KEPADA KEJAYAAN1. Kerjaya ini memerlukan kriteria di atas. Gaji bergantung sepenuhnya kepada jualan anda. Tidak ada jualan bererti anda tidak ada pendapatan.2. Kelulusan Bank yang payah nak lulus. 99% Pembelian kereta adalah melalui pinjaman Bank. Kalau dapat banyak customer pun, tapi kalau submit loan tak lepas, submit loan tak lepas.... Pun tak ke mana jugak. 3. Ready Stok yang tak pernah ready. Loan dah lulus. Tapi kereta kena tunggu berbulan-bulan. Proton dengan sistem pengagihan yang berbelit-belit. Perodua Myvi yang kena tunggu 2 - 3 bulan. Customer yang semangat nak memandu kereta baru pun hilang semangat. Customer tak happy, kita pun tak happy. ALTERNATIF 1. Kalau anda belum jadi salesman kereta, disyorkan jadi la salesman Personal Loan atau Unit Trust atau Property atau Broadband CELCOM... Kalau anda memiliki syarat kejayaan seorang Salesman, InsyaAllah anda banyak duit. Salesman kereta? Banyak yang takder duit dari yang ada duit.. .
Suatu petang yang indah, sambil menghirup kopi O yang segar, saya didatangi oleh seseorang yang terlibat dengan industri jualan kereta.
Melihatkan saya seorang yang bersikap telus berkenaan diskaun dengan pembeli saya, saya ditanyakan apakah untung yang saya dapat. Duit lebihan pinjaman dikembalikan kepada pembeli. Itu belum ditolak lagi dengan hadiah-hadiah yang diberikan. Baginya, seorang salesman berjaya harus memaksimumkan keuntungan sebanyak mungkin.
Saya hanya jadi pendengar yang baik. Tidak menyetujui. Tidak membantah. Tetapi suatu yang pasti, prinsip saya jelas, "Tidak perlu memaksimumkan keuntungan diri, biarlah sama-sama untung dengan pembeli saya". Jika saya sebagai pembeli, saya juga inginkan urusan jual beli yang telus.
.