Showing posts with label Leisure. Show all posts
Showing posts with label Leisure. Show all posts

TUNJUK PERASAAN



Source: MALAY MAIL

Picture kat bawah ni, UK.


Source: Dailymail.UK

.

SULTAN MELAKA MELARAM ROLLS ROYCE SEWA


SERDANG - Polis merampas sebuah kereta mewah jenis Rolls Royce bernilai RM2.85 juta yang tertera nama 'D.Y.M.M Tuanku Raja Noor Jan Shah Ibni Al-Marhum Y.A.M Raja Tuah Shah' yang dipercayai digunakan untuk menarik rakyat asing melabur dalam satu perniagaan hartanah global yang dilancarkan di Bandar Puteri, Puchong dekat sini semalam.

Nama Raja Noor Jan mula menjadi sebutan pada tahun 2006 apabila dia muncul menuntut takhta Kesultanan Melaka. Raja Noor Jan mendakwa dia adalah pewaris sah Raja Alang Abdul Rahman yang merupakan anakanda Sultan Abdullah Mohammad 1, Sultan Perak ke-22.

Difahamkan, kereta itu disewa dengan harga lebih RM600 sehari termasuk bayaran perkhidmatan seorang pemandu.

Source: Kosmo! Online

P/S: Sewa Rolls Royce + driver sehari rm600 jer.. Murah tu. Sapa-sapa yang beli kereta untuk balik raya ni, tapi stok tak sampai-sampai boleh sewa Rolls Royce ni.

.

SELAMAT TAHUN BARU 2010

'Selamat Tahun Baru 2010', kami mengucapkan kepada semua pengunjung Blog ini.

Semoga kehadiran tahun baru ini disematkan dengan azam untuk kita bekerja dengan lebih dedikasi dan jujur untuk memajukan diri dan keluarga terutama dari segi ekonomi, pendidikan dan jatidiri.

Bagi kami, kehadiran tahun baru ini disambut dengan azam untuk bekerja lebih berkualiti untuk menjamin mutu perkhidmatan kami kepada anda semua. Kami akui ada banyak kelemahan yang perlu diperbaiki, terutama urusan pinjaman Bank dan pendaftaran yang amat perlahan dalam bulan Disember ini. Pihak Bank, pengeluar dan JPJ sibuk dengan urusan 'closing' dan kakitangan yang mengambil cuti akhir tahun menyebabkan banyak urusan tertangguh dan tergendala.

.

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1431


Sudah 1431 peristiwa Hijrah Rasulullah saw dari Mekah ke Madinah. Baginda ditemani oleh sebaik-baik manusia yang bernama sahabat iaitu Abu Bakar as-Siddiq ra.

Sempena kehadiran tahun baru Hijrah 1431 ini, kami mengucapkan Selamat menyambut Maal Hijrah kepada semua pengunjung Blog ini.

Jika ingin berjaya ingat perkara berikut. Iman. Ilmu. Jujur. Rajin. Fokus. Berdaya tahan. Innovative.

.

M. SCHUMACHER - MERCEDES A DONE DEAL?


After 3-year absence from competing in F1, Michael Schumacher has been subject to rumours of making a sensational comeback. Not in a Ferrari. But Mercedes.

Reading between the lines I would say Michael Schumacher rumours to join Mercedes GP (Formerly Brawn GP) is a done deal.

Accordingly the only step for Michael Schumacher to complete the deal is the medical check.

.

SANI IMPRESSION DAN FERRARI MODENA 360


Anda masih ingat Band Trio IMPRESSION yang dianggotai oleh Norman Hakim, Ezlan Yusof dan Sani? Sani sudah agak lama menyepi dalam bidang seni Tanah Air. Beliau mengorak langkah dalam dunia korporat dan perniagaan.

Kini, Sani sudah memiliki supercar Ferrari Modena 360, khabarnya dengan duit muka rm500k. Untuk mendapatkan nombor pendaftaran WQL1 sahaja, Sani membayar rm80,000. Kos penyelanggaraan Modena 360 dianggarkan rm30,000 untuk batuan 30,000km.

Sani bercadang untuk menambah Lamborghini sebagai koleksi supercarnya.

Credit: Kosmo! Online

.

ANAK MONYET DAN HOBI MERBAHAYANYA


Anak rimau kena tarik tinger ngan anak monyet... Lawak aaaaa... Hahaha..




.

RAZIS ISMAIL : KEPULANGAN


Lagu Kepulangan, Razis Ismail, cukup gemersik mengingatkan saya kepada tahun 1986, antara tahun yang amat manis dalam ingatan. Tahun 1986, saya memasuki program Matrikulasi di salah sebuah institusi di utara tanah air.

Wajah-wajah dan nama-nama pelajar dan guru-guru yang ada di situ masih terpahat dalam ingatan. Pengalaman indah ini akan terus tersemat hingga ke akhir hayat.



.

MAN VS BEAR


What do you think when a man attacks a bear just because for a piece of Salmon? Is it bravery or stupidity? Does he survive a fight against a fully grown bear?

Let see what happens.



.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI


Di sini, kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua pelawat blog ini. Kami juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan dan sambutan anda terhadap kami, sama ada anda sebagai pembeli, agen mahu pun pelawat blog ini. Terima kasih banyak-banyak.


Kami juga menyusun sepuluh jari mohon maaf mana-mana kesilapan, kekurangan dan kelemahan kami dalam berurusan dengan anda.

Kami akan sentiasa memperbaiki kelemahan kami dalam memberikan mutu perkhidmatan yang tertinggi kepada anda, terutama untuk kereta Proton. Pada masa akan datang kami akan menambah bilangan Pengedar Proton untuk mempastikan anda dapat kereta anda lebih cepat dari kadar yang ditetapkan oleh Proton. Insyaallah.







SUMO CHAMPION VS ORANG UTAN


Sumo Champion vs OrangUtan in a Tug of War / Rope Pulling contest.

Sumo Champion stands at 5 feet 10 inches and weighs at 363 pounds (~165 kg).

OrangUtan stands at 4 feet and weighs at 180 pounds (~82 kg) which is about half of Sumo's weight.

Who do you think will win?




.

USTAZ ASRI RABBANI. PERGI TAK KEMBALI.


Mohamad Asri bin Ibrahim, yang lebih dikenali dengan Ustaz Asri Rabbani telah kembali ke rahmatullah. Semoga beliau ditempatkan bersama dengan orang-orang soleh. Al fatihah untuk beliau dan seluruh muslimin dan muslimat di seluruh dunia.

Mengingati perjuangan Asri bin Ibrahim, kami tampilkan 'Pergi Tak Kembali' sebagai nasihat untuk kita semua, terutama diri ini yang selalu lalai dan cuai.




MEMORI DUKA - SONS OF ADAM


Istimewa untuk kawan-kawan yang membesar pada era 80an. Mungkinkah kenangan yang ada cerita duka dalam lagu ini masih tercatat kuat dalam sudut ingatan. Setiap individu punya catatan hidup yang berbeza. Hanya anda yang mengerti dan merasai. Ada suka. Ada duka. Yang pasti, setiap individu punya rasa rindu. Di manakah agaknya insan-insan yang pernah hadir dalam hidup anda?

Secara tiba-tiba aku mengingatimu. Inikah katanya rindu. Sengsara tiada terhingga. Setelah perpisahan pun berlalu.

Malam kian memaksa lagu menghanyut pilu. Wajah-wajah duka pun hilang. Jika kita bersua lagi.Mungkin aku menangis. Menahan getaran hati yang musnah.



APA DAH JADI? SM SALIM. ALI MAMAK. ABUN.


Sambil melayari Blog ini, kami sajikan kepada anda lagu santai ini. Versi original Tan Sri SM Salim. Versi jenaka Ali Mamak featuring Abun yang kuat menyampuk dengan pelat jawa.




A TRIBUTE TO MICHAEL JACKSON

Michael Jackson telah menghembuskan nafasnya yang terakhir hari ini. Mengikut laporan, kematiannya disebabkan oleh cardiac arrest. Cardiac arrest adalah satu keadaan bila jantung berhenti berfungsi.

I m no fan of Michael Jackson. But I like this song.

KERETA DI MALAYSIA ERA 70-AN

Alunan lagu-lagu lama mengingatkan kembali kepada kenangan era 70an. Ahmad Jais, A Razak, J Mizan, Andre Goh, M Daud Kilau, Uji Rashid, Sharifah Aini, Dahlan Zainudin, Hail Amir, DJ Dave, Latif Ibrahim, Othman Hamzah adalah antara nama-nama besar industri muzik era 70-an.

Pada era itu, terutama di luar Kuala Lumpur, jalan raya lengang sahaja. Tidak ada highway seperti sekarang. Tidak banyak kereta lalu-lalang. Walaupun tiga dekad telah berlalu, ingatan terhadap kereta-kereta yang popular di era itu masih jelas tersimpan dalam memori. Kebanyakan cikgu-cikgu datang berkereta ke sekolah. Murid-murid yang aktif sukan atau pertandingan nyanyian / tarian, berpeluang merasa naik kereta cikgu.

Tidak seperti scenario hari ini, kereta Continental Eropah seperti Volswagen kura-kura, Morris Mini, Morris Minor, Ford Escort, Ford Cortina, Volvo, Mercedes, Alfasud, Fiat, Opel Kadett, Vauxhall, Triumph, Peugeot begitu popular ketika itu. Barangkali sebelum kereta Proton dikeluarkan, harga kereta Continental Eropah tidak semahal hari ini.

Untuk generasi yang membesar di era 70an dan 60an, untuk membangkitkan memori silam, kita imbas kembali beberapa gambar-gambar kereta tersebut. Untuk generasi kini, mungkin masih boleh melihat kereta-kereta buruk ini di atas jalanraya terutama di bandar tertentu seperti Ipoh. Suatu ketika dahulu, kereta-kereta buruk ini adalah kereta yang menjadi idaman dan kebanggaan generasi era 70an.


Morris Mini
Source


Morris Minor


Morris Austin 1100




Volkswagen Kura-Kura
Source




Peugeot 204



Peugeot 404


Peugeot 504




Opel Kadett B


Opel Kadett C



Fiat 127



Fiat 850



Ford Escort


Alfasud


Volvo Amazon
Source


Volvo 144


Merc 240D Taxi


Vauxhall FD Victor
Source


.

PLATE KERETA TERMAHAL

PALING MAHAL DI DUNIA
Plate kereta paling mahal setakat ini bernilai £7.25 juta. Pemiliknya, Saeed Khouri, dari keluarga kaya Abu Dhabi, UAE. "Ana beli ini nombor "1' sebab ini nombor paling hebat. Ana mau jadi orang paling hebat".

Penulis sendiri pandai-pandai tambah kicap, "Ana mau masuk buku rekod Guiness, pecah rekod ana punya sepupu, Talal Khouri".

Source: Klik sini


NO. 2 PALING MAHAL
Sebelum Saeed Khouri pecah rekod, dia punya sepupu,
Talal Khouri ahli perniagaan Dubai, pegang ini rekod. Ini tauke beli plate nombor "5" dengan harga £3.5 juta. "Ana beli ini nombor saja suka-suka, bagi ana ini nombor takde apa-apa special".

Source: Klik Sini



PALING MAHAL DI U.K
Afzal Kahn, ahli perniagaan, pemilik plate kereta paling mahal di UK. Plate "F1" berharga £440,625. "Ana memang minat F1 (Formula One)"




MY SITI
Ini bukan yang termahal di Malaysia. Yang termahal adalah plate pendaftaran bermula dengan huruf "TAN" dibayar pada harga rm200,000. Ketua Pengarah JPJ, Datuk Emran Kadir enggan mendedahkan pendaftaran lengkap. Khabarnya harga tersebut dibayar untuk plate pendaftaran, "TAN 1".

Source: Klik Sini


.

KERETA AMFIBIA - KEGUNAAN DARAT DAN AIR

Dengan permukaan bumi yang diselaputi 70% air, evolusi dan innovasi kenderaan Amfibia yang berterusan bakal merubah landskap dunia permotoran masa depan.

AQUADA - 2003
Dikeluarkan oleh Gibbs Technologies, British.
Kelajuan di atas jalanraya mencecah 160 km/j.



Di atas air, mencapai kelajuan 53 km/j.


HYDRA SPIDER - 2006
Dikeluarkan oleh Cool Amphibious, USA.
Kelajuan di atas jalanraya mencecah 200 km/j.



Di atas air, dikatakan lebih laju dari AQUADA.
.

SENARAI 10 KERETA TERPANTAS DI DUNIA


SYARAT KELAYAKAN

Memenuhi ciri-ciri keselamatan jalanraya
Mematuhi piawaian pencemaran yang dibenarkan
Penggunaan petrol yang sama seperti kereta jalanraya

Justeru, kereta/ jet/ roket di-atas, ThrustSSC, atau yang dicipta khusus sepertinya, walaupun berkelajuan lebih pantas dari bunyi, tidak tersenarai kerana tidak memenuhi syarat kelayakan.


SENARAI KERETA YANG MENGUNGGULI CARTA 10 KERETA TERPANTAS DI DUNIA

SSC Ultimate Aero
Kelajuan: 413 km/j
Pecutan: 0 - 96.5km/j 2.7 saat
Engine: 6.35L V8 Turbo berkembar
Kuasa Kuda 1183
Harga tidak termasuk cukai: rm2.289 juta


Bugatti Veyron
Kelajuan: 407 km/j
Pecutan: 0 - 96.5km/j 2.5 saat
Engine: 8.0L Aluminium Narrow Angle W16
Kuasa Kuda 1001
Harga tidak termasuk cukai: rm5.595 juta


Koenigsegg CCX
Kelajuan: 402 km/j
Pecutan: 0 - 96.5km/j 3.2 saat
Engine: 4.7L Ford V8 90 Darjah V8
Kuasa Kuda 806
Harga tidak termasuk cukai: rm2.432 juta


Saleen S7
Kelajuan: 399 km/j
Pecutan: 0 - 96.5km/j 3.2 saat
Engine: 7.0L V8 Twin Turbo All Aluminum V8
Kuasa Kuda 750
Harga tidak termasuk cukai: rm1.942 juta


Chrysler ME Four Twelve
Top Speed: 398 km/h
Acceleration: 0- 96.5km/h 2.9 seconds
Engine: 6.0 V12 Quad-Turbo
Horsepower: 850 bhp


McLaren F1
Kelajuan: 386 km/j
Pecutan: 0 - 96.5km/j 3.2 saat
Engine: 6.1L BMW V12 S70/2 60 Degree
Kuasa Kuda 627
Harga tidak termasuk cukai: rm3.395 juta


BMW Coupe M6 G-Power Hurricane CS
Engine: 5.0L V10 with G-POWER EVO II supercharging
Top speed 370 km/h
Details: Click here




BMW M5 G-Power Hurricane RS
The world's fastest Sedan.
Engine: 5.0L V10 with G-POWER EVO II supercharging

Top speed 368 km/h
Acceleration: 0 - 100km/h 4.2 seconds
Horse Power 730hp
Price (Excluding Tax) 300,000 Euros



LeBlanc Mirabeau
Kelajuan: 368 km/j
Harga tidak termasuk cukai: rm2.257 juta
Maklumat lanjut: Klik di sini


Mercedes CLS Brabus Rocket
Top Speed: 365 km/h
Accelaration: 0 - 100km/h 4.0 seconds
Engine: 6.23L V12 Brabus Twin Turbo
Horse Power: 730hp
Price (Excluding Tax): 348,000 Euro


KEMASKINI SENARAI
Senarai di atas berdasarkan kepada maklumat dan penelitian penulis sendiri . Semua senarai di atas mempunyai kelajuan tidak kurang dari 360km/j. Ferrari Enzo misalnya, sebuah kereta supercar, sekadar mencatat 348km/j. Senarai ini akan dikemaskini, jika terdapat maklumat menunjukkan terdapat kereta yang lebih laju dari senarai di atas. Kereta elektrik Eliica, walaupun lebih laju dari beberapa senarai di atas, penulis masih menimbangkan sama ada kereta itu perlu ada dalam senarai kerana kereta itu menggunakan kuasa electrik dan menggunakan 8 tayar.

Kelajuan adalah berdasarkan kepada kelajuan garis-lurus dan bukan di litar lumba tertentu. Sebagai contoh, walaupun Bugatti Veyron lebih laju dari Nissan GTR di atas garis lurus, tetapi jika mereka berlumba di atas litar Nurburgring, German, Bugatti Veyron sekadar menghidu asap Nissan GTR sahaja. Nissan GTR dan Nurburgring.

VACANCY: TOYOTA SERVICE EXCUTIVE

TOYOTA sedang mencari calon untuk mengisi Jawatan SERVICE EXECUTIVE.

REQUIREMENT
:
Berpengalaman dalam bidang Service Automotive

GAJI:
Sekitar rm1,800 dan ke atas
(Berdasarkan pengalaman kerja)


Jika anda memenuhi syarat dan berminat, sila fax Resume anda kepada:

FAX: 03.8926.6595
ATTN: MR. FAUZAN


KHIDMAT SOSIAL
Kami bukan sahaja membantu mengurus dan memberi khidmat panduan dalam pembelian kereta impian anda, atas keinginan untuk berkhidmat kepada masyarakat, kami juga membuka ruang untuk anda dalam mencari peluang pekerjaan.

Sekiranya Syarikat anda memerlukan pekerja, sila email / sms kepada kami untuk kita sama-sama menyebarkan peluang tersebut.

Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu dan ramai yang diberhentikan kerja, m
inta jasa baik pembaca untuk menyebarkan maklumat ini untuk manfaat bersama. Terima kasih.


.