'Selamat Tahun Baru 2010', kami mengucapkan kepada semua pengunjung Blog ini.
Semoga kehadiran tahun baru ini disematkan dengan azam untuk kita bekerja dengan lebih dedikasi dan jujur untuk memajukan diri dan keluarga terutama dari segi ekonomi, pendidikan dan jatidiri.
Bagi kami, kehadiran tahun baru ini disambut dengan azam untuk bekerja lebih berkualiti untuk menjamin mutu perkhidmatan kami kepada anda semua. Kami akui ada banyak kelemahan yang perlu diperbaiki, terutama urusan pinjaman Bank dan pendaftaran yang amat perlahan dalam bulan Disember ini. Pihak Bank, pengeluar dan JPJ sibuk dengan urusan 'closing' dan kakitangan yang mengambil cuti akhir tahun menyebabkan banyak urusan tertangguh dan tergendala.
.
No comments:
Post a Comment