1. Anda membayar terus kepada kerani kewangan showroom dan minta resit rasmi bayaran anda.
2. Anda membayar menggunakan cheque palang / bankers cheque kepada Dealer tersebut.
Ini akan membantu anda sekiranya sesuatu yang tidak diingini, seperti petikan akhbar Metro dibawah, berlaku.
_______________________________________________________
KUALA LUMPUR: Niat seorang gadis membeli kereta baru bagi memudahkan urusan sehariannya berakhir dengan kekecewaan apabila dia diperdaya seorang jurujual kereta dalam satu kejadian baru-baru ini.
Mangsa, Nurul Liana Noor, 21, seorang kakitangan kerajaan berkata, dia berhasrat membeli Proton Saga berharga RM38,000 dan mengunjungi bilik pameran yang terletak di Jalan Kuchai Lama, di sini bagi membuat urusan jual beli.
“Ketika di bilik pameran itu, saya dilayan seorang jurujual dikenali sebagai Yus. Bagi membuat tempahan, saya kemudian diminta membuat bayaran sebanyak RM300.
“Beberapa hari kemudian saya dimaklumkan bank sudah meluluskan pinjaman kereta yang bakal dibeli itu dan saya diminta pula membayar pendahuluan RM 4,298 bagi urusan dokumentasi. Wang itu diserahkan kepada jurujual terbabit dan diberi resit rasmi,” katanya.
Namun, sebaik hari penyerahan kereta, jurujual itu meminta dia mengambil kereta di bilik pameran lain yang terletak di Pandan Indah.
“Saya mula curiga dan mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena namun pergi juga ke bilik pameran yang dikatakan dan mendapati jurujual itu tiada di situ.
“Saya cuba menghubungi jurujual itu tetapi gagal sebelum ke pejabatnya di Jalan Kuchai Lama. Saya terkejut apabila diberitahu jurujual terbabit sudah diberhentikan kerja,” katanya, semalam.
Selain itu, majikan jurujual itu turut mendakwa mereka tidak pernah mengetahui tentang urusan jual beli keretanya.
“Lebih menyedihkan resit yang diberikan kepada saya adalah palsu walaupun tercetak nama syarikat pengedar itu. Sungguh mengecewakan kerana saya bukan membuat urus niaga di kedai kopi tetapi di bilik pameran,” katanya.
Laporan mengenai kejadian itu sudah dibuat di Ibu Pejabat Polis Brickfields kerana mendakwa ditipu.
Source: myMetro Online
.
No comments:
Post a Comment