BAYARAN BULANAN ANDA


Soalan
:
Saya bercadang ingin membeli Myvi, berapakah bayaran bulanan kena bayar dan bagaimanakah bayaran tersebut dikira?

Jawapan:

Bayaran bulanan dikira berdasarkan kepada 3 perkara asas berikut:
1. Jumlah pinjaman anda
Lebih tinggi jumlah pinjaman, lebih tinggi bayaran bulanan.

2. Kadar faedah semasa bank
Lebih tinggi kadar faedah bank, lebih tinggi bayaran bulanan.

3. Tempoh masa pembayaran balik
Lebih
pendek tempoh masa bayaran balik, lebih tinggi bayaran bulanan.

Pembayaran pinjaman sewa beli dikira mengikut kaedah
garis lurus yang mudah (simple straight-line).

CONTOH:

Katalah anda bercadang membuat pinjaman Myvi anda rm40,000 dalam tempoh masa 9 tahun. Kadar faedah semasa 3.75%.

Sekarang anda tahu 3 perkara asas yang disebutkan di atas:
1. Jumlah pinjaman anda rm40,000
2. Kadar faedah semasa bank 3.75%
3. Tempoh masa pembayaran balik 9 tahun

KIRAAN:

Jumlah pinjaman anda: rm40,000
Jumlah keseluruhan faedah 9 tahun adalah: rm40,000 x 3.75% x 9 tahun = rm13,500
Jumlah kos pembiayaan anda: Jumlah keseluruhan faedah + Jumlah pinjaman = rm40,000 + rm13,500 = rm53,500

Maka; bayaran bulanan anda = Jumlah kos pemilikan bahagi dengan Jumlah bulan bayaran semula:
rm53,500 bahagi (9 tahun x 12) = rm53,500 / 108 bulan = rm495.37 / bulan.

Atau, anda cuma perlu masukkan nilai sahaja, sistem akan kira untuk anda, klik web dibawah:

CALCULATOR ANDA. MAYBANK. KLIK DI SINI


.

No comments:

Post a Comment