GAJI DAN PINJAMAN KERETA ANDA


Selain dari syarat 90% dari nilai harga kereta, ada satu lagi kriteria yang akan diambil-kira oleh bank dalam meluluskan pinjaman kereta anda. Kriteria itu ialah nilai gaji bersih anda.

Kebiasaannya, pinjaman diluluskan berdasarkan bayaran bulanan dan gaji bersih anda. Jumlah bayaran bulanan tersebut tidak melebihi 1/3 atau 33% dari gaji bersih anda.

CONTOH:
Harga Persona 1.6 (A) M-Line metallic rm53,300. Pada kadar 3.99%, pinjaman rm53,300, tempoh 9 tahun, bayaran bulanan adalah rm670.

KIRAAN:
1/3 atau 33% dari rm1800 = rm600.

Oleh kerana rm670 melebihi 1/3 dari gaji rm1,800, pembelian 100% adalah tidak mungkin. Kecuali dalam kes-kes tertentu, misalnya pemohon adalah kakitangan kerajaan, kelonggaran akan diberikan jika kurangan itu adalah kecil. Contohnya, dalam kes di atas, kurangannya cuma rm70 sahaja.

Sebagai pilihan lain, anda boleh menggabungkan pendapatan anda dengan salah satu dari 3 penjamin yang mempunyai pendapatan tetap:
1. Ayah
2. Mak atau
3. Pasangan anda (suami / isteri / boyfriend / girlfriend)

Pendapatan penjamin di atas, akan digabungkan dengan pendapatan anda. Sekiranya gabungan pendapatan itu melebihi 1/3 atau 33% dari kadar bayaran bulanan kereta anda, anda boleh mendapatkan nilai pinjaman yang dikehendaki.


.

1 comment: