SYARAT DAN TERMA PINJAMAN 100%

Siapa dan apakah model untuk syarat pinjaman 100%?


Soalan:
Saya cukup berminat dengan MyVi SE. Boleh tak saya mendapat pinjaman 100% untuk MyVi 1.3 (A) SE?


Jawapan
:
Mengikut Prosedur Standard Operasi bank (Bank's Standard Operating Procedure), jumlah pinjaman kereta baru hanya untuk pembiayaian 90% dari harga kereta tersebut, 10% lain perlu dibayar sebagai duit muka oleh pembeli.

Tetapi, sekiranya anda kakitangan kerajaan atau badan berkanun (MARA, TNB etc), dengan gaji melebihi 1/3 atau 33% daripada bayaran bulanan tersebut, anda layak/ boleh mendapatkan melalui skim potongan gaji dengan
BANK RAKYAT tetapi kadar faedah 4.25%. Satu kadar yang tinggi berbanding dengan bank-bank lain. MAYBANK misalnya menawarkan kadar faedah 3.65% .

Dan, potongan ini selalunya hanya dibenarkan jika anda belum lagi membuat penolakan potongan gaji untuk pinjaman lain. Jika anda sudah melakukannya, anda masih boleh membuat pembiayaan 100% dengan Bank Rakyat, dengan syarat jumlah bayaran tersebut tidak melebihi 60% balance gaji anda.

Jika anda kakitangan swasta, anda tidak boleh mendapatkan pinjaman 100% untuk MyVi SE. Untuk kakitangan swasta, hanya model yang harganya lebih rendah dari nilai pinjaman 90% model tertinggi sahaja boleh mendapat pinjaman 100%. Kaedah ini selalunya disebut 'mark-up model'. Melalui kaedah ini, pembelian MyVi (A) standard akan dibuat dengan pinjaman MyVi SE (A).

Atau, jika hanya terdapat satu spesifikasi sahaja, contohnya MyVi 1.0 (M), nilai pinjaman akan dinaikkan melalui tambah-nilai aksesori.

Kenapa MyVi SE tidak boleh dapat pinjaman 100%?

Jawapannya, MyVi SE adalah spesifikasi yang paling tinggi dan lengkap aksesorinya, sebab itulah 'mark-up model' atau 'mark-up aksesori' tidak boleh dilakukan.

Mark-up loan hanya boleh diguna-pakai untuk spesifikasi Myvi standard sahaja, dengan mark-up loan kepada MyVi SE.

Jadi sekiranya anda bukan kakitangan Kerajaan atau badan berkanun tertentu, untuk membeli MyVi SE, anda perlu mengeluarkan 10% duit muka. Kecuali dalam tempoh-tempoh promosi tertentu, jika Perodua memberi diskaun sehingga rm5,000 kepada model MyVi. Memandangkan MyVi adalah model yang sangat laris dan popular, kemungkinan ini tidak mungkin berlaku.

.

No comments:

Post a Comment