TUKAR NCB KERETA LAMA KEPADA KERETA BARU

Apabila anda trade-in kereta lama anda kepada kereta baru, sama ada brand new atau second hand car, anda perlu tahu, anda boleh pindahkan NCB (atau disebut juga sebagai NCD) kereta lama anda kepada kereta yang anda baru beli.

NCB adalah potongan diskaun Insurance yang diberikan kepada anda kerana anda tidak pernah membuat tuntutan Insurance. Sebagai imbalan, syarikat Insurance memberikan anda diskaun.

Pemindahan NCB boleh dilakukan dari syarikat Insurance yang berbeza. Contohnya, dari Insurance Alliance kepada Insurance Etiqa Takaful, dan begitulah sebaliknya.


Procedure Pemindahan NCB

Setelah urusan trade-in, anda tamatkan Insurance kereta tersebut. Caranya anda pergi ke syarikat Insurance tersebut dan mohon penamatan dan pemindahan NCB kepada kereta baru anda. Pegawai berkenaan akan minta anda mengisi borang penamatan Insurance. Kemudian, pegawai tersebut akan mengeluarkan surat notis penamatan yang tertera jumlah NCB anda.

Surat notis penamatan yang asal ini, anda bawa kepada kami, kami akan tolong anda melakukan pemindahan NCB anda kepada kereta baru anda.


Faedah Dari Pemindahan NCB
1. Sekiranya NCB anda 55%, dan katalah bayaran premium Insurance kereta anda rm2,000, anda dapat menjimatkan kos anda sebanyak rm1,100 iaitu 55% x rm2,000. Dan untuk tahun yang berikutnya, anda kekal menikmati potongan 55% itu selagi anda tidak membuat tuntutan Insurance.

2. Sekiranya Insurance kereta lama yang anda tamatkan masih berbaki, katalah 6 bulan, syarikat Insurance tersebut akan memulang 6/12 dari bayaran premium anda dahulu melalui Cheque.


Kenapa Kami Ingin Anda Tahu?
Walaupun pindahan NCB mungkin mengurangkan komisyen kami dan menyebabkan kerja lebih, kami perihatin. Kami ingin anda menikmati penjimatan dan nilai wang yang tertinggi untuk anda. Kerana, kami juga pembeli seperti anda. Kami inginkan yang terbaik apabila kami membeli.

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan, email, call atau sms kami. Kami sedia membantu.

Email: allcar.negotiator@yahoo.com
Call / SMS: 019 338 7710 (KR)

.

1 comment:

  1. hyee..sy pemakai kereta proton wira 1.3 gl. sy bru beli ngan harga hutang dr kdai used car dr selayang auto,sy dah pakai kereta nih dalam tempoh hampir 2 tahun. skang nih sy trgin sangt kalu kereta tuh dapat d tukar ngan kerata baru...kereta yang sy idamkan ialah exora...jadi sy nk tau.apakan boleh sy berbuat demikian..kalu boleh, kt maner harus sy tuju?

    ReplyDelete