APAKAH 100% LOAN?

Terdapat pembeli kami yang bertanya, apakah yang dimaksudkan pinjaman 100%? Adakah masih perlu untuk membayar caj-caj yang tersembunyi seperti caj proses, caj runner dan sebagainya ? Adakah sudah termasuk road tax dan Insurans?

Berikut adalah info yang ingin kami kongsi bersama anda. Semoga info ini membantu anda dari kes-kes penipuan:

Pinjaman 100% terbahagi kepada 4 skim yang utama:

1. Tolakan Gaji melalui BIRO Angkasa
Terbuka untuk kakitangan Kerajaan dan Badan Berkanun yang mempunyai kemudahan tolak gaji dengan BIRO Angkasa sahaja. Dua bank yang menawarkan skim ini iaitu Bank Rakyat dan Ambank Bank.

2. Skim Siswazah
Terbuka untuk semua sama ada kakitangan Kerajaan mahu pun Swasta asalkan anda adalah pemegang Diploma atau Ijazah.

Melalui skim ini, selalunya pihak Bank akan meminta satu bulan atau dua bulan bayaran bulanan semasa anda menandatangani perjanjian pinjaman Bank.

3. Mark-up model
Terbuka untuk semua sama ada kakitangan Kerajaan mahu pun Swasta. Anda beli model standard dengan menggunakan pinjaman model Special Edition.

4. Mark-up aksesori
Terbuka untuk semua sama ada kakitangan Kerajaan mahu pun Swasta. Anda beli model standard dengan menambah aksesori . Tujuannya harga akan lebih tinggi .

Adakah anda masih perlu membayar apa-apa bayaran lain-lain?
Jawapannya, ya dan tidak. Kami akan tunjukkan secara telus.

Contoh I:
Skim Tolak Gaji dan Siswazah, pinjaman anda adalah sama dengan harga kereta anda. Tidak boleh mark-up model, tidak boleh mark-up aksesori.

Anda ingin membeli Myvi 1.3 Auto Standard Metallic. Harga Kereta OTR rm46,900. Pinjaman anda rm46,900. Loan lulus rm46,900.

Dalam kes di atas, anda masih perlu membayar sedikit premium Insuran. Untuk harga rm46,900, nilai insuran adalah rm45,000 dan premium Insuran m1,379-20. Untuk pinjaman rm46,900, Bank akan meminta nilai insuran rm47,000 dan premium Insuran rm1,431-20.Perbezaan antara rm1,379-20 dan rm1,431-20, iaitu rm52-00, perlu dibayar oleh pembeli.

Tetapi sekiranya model yang ditawarkan ada diskaun, katalah ada diskaun rm1,000, anda tidak perlu membayar apa-apa, bahkan anda akan dapat cash refund seperti berikut, rm1,000 tolak rm52, iaitu rm952-


Contoh II:
Skim Mark-up model & Mark-up aksesori. Pinjaman anda adalah sama dengan harga kereta anda atau lebih tinggi dari harga kereta anda.

Anda ingin membeli Myvi 1.3 Auto Standard Metallic. Harga Kereta OTR rm46,900. Pinjaman anda mark-up Myvi SE. Myvi SE Metallic OTR rm53,400-. Jadi, 90% x rm53,400 = rm48,000.

Bank akan meminta nilai Insuran rm52,000 dan premium Insuran rm1,561-20. Nilai Insuran Myvi Standard rm45,000 dan Premium Insuran rm1,379-20, Perbezaan rm1,561-20 dan rm1,379-20, iaitu rm182- perlu dibayar oleh pembeli.

Tetapi dalam kes di atas, pinjaman anda melebihi harga kereta anda. Jadi anda tidak perlu membayar apa-apa, bahkan anda akan dapat cash refund seperti berikut, (rm48,000 tolak rm46,900) tolak rm182, iaitu rm918-

Apabila anda membeli dengan kami, kami telus dalam pengiraan ini. Kami tidak akan mengambil bahagian atau cash refund yang anda patut dapat masuk dalam kocek kami.

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan, sila call / SMS atau email kami. Kami sedia membantu anda.

HP 019 338 7710 (KR)
Email: allcar.negotiator@yahoo.com

.

1 comment:

  1. Lau nk tolak kenari aerosport 2008 bpe u amik coz utk byr muka kerta br..knari da abis byr..

    ReplyDelete