PANDUAN: TRADE-IN KERETA ANDA


Berikut adalah panduan trade-in kereta lama anda kepada kereta baru, terutama kereta lama yang masih ada hutang dengan Bank.

1. Dapatkan jumlah 'Full Settlement' dari pihak Bank.

2. Dapatkan harga yang ditawarkan oleh syarikat used car / salesman. Sebaiknya, tanya beberapa used car / salesman, untuk mendapat harga yang berpatutan / paling tinggi. Jangan percaya dengan tawaran harga tinggi dan janji-janji manis individu yang tidak munasabah.

3. Sekiranya jumlah Full Settlement lebih dari Harga yang ditawarkan oleh syarikat used car / salesman, anda perlu 'top up' jumlah yang kurang tersebut. Jumlah top up ini mestilah dibayar terus kepada Bank. Bukan kepada salesman. Dan bukan kepada Taukeh syarikat used car tersebut.

4. Sekiranya jumlah Full Settlement kurang dari Harga yang ditawarkan oleh syarikat used car / salesman, syarikat used car tersebut akan membayar kepada anda lebihan tersebut.

5. Sekiranya anda berurusan trade-in dengan salesman, anda mesti pergi bersama salesman tersebut untuk mempastikan butiran penting kewujudan syarikat yang dicadangkan oleh salesman tersebut. Pastikan lokasi dan alamat syarikat tersebut. Nombor telepon kedai tersebut. Tandatangan dokumen penyerahan kereta tersebut, sebagai bahan bukti jika berlaku perkara yang tidak diingini. Pastikan anda kenal tuan punya syarikat tersebut. Tanyakan tempoh masa yang diambil untuk syarikat tersebut membuat full settlement dengan pihak Bank. Kebiasaannya antara 2 minggu ke 4 minggu sahaja.

6. Maklumkan kepada pihak Bank tentang urusan ini.

7. Selepas 2 minggu atau 4 minggu yang dijanjikan, telepon bank anda, sama ada full settlement kereta lama itu telah dilangsaikan oleh syarikat used car tersebut. Jika belum dilangsaikan, anda perlu bertanyakan perkara ini kepada salesman / used car tersebut.

Berhati-hati dengan urusan trade-in kereta anda. Sila KLIK SINI sebagai panduan kita semua.


Untuk urusniaga yang selamat kami hanya berurusan dengan panel syarikat used cars yang mempunyai rekod yang baik dan premis jualan kereta terpakai.


Jika anda memerlukan pandangan berkenaan trade-in, anda boleh hubungi kami:


Call / SMS 019 338 7710 (KR)
Email: allcar.negotiator@yahoo.com

.

2 comments:

  1. Apakah Anda ingin pinjaman untuk memulai atau tumbuh bisnis yang ada? Ibu Bernice Louis Pinjaman Perusahaan (BLC) telah datang untuk membuat impian Anda menjadi kenyataan. Kami memberikan pinjaman kepada individu swasta atau pemerintah dan Perusahaan dengan tingkat bunga 2% pada setiap jumlah yang dibutuhkan dan dengan jadwal pembayaran yang fleksibel. Hubungi Mrs. Bernice Louis untuk Anda PINJAMAN hari ini melalui email: bernicelouisloancompany@gmail.com atau tel: +15022653621

    ReplyDelete
  2. Good articles, Have you heard of LFDS (Le_Meridian Funding Service, Email: lfdsloans@outlook.com --WhatsApp Contact:+1-9893943740--lfdsloans@lemeridianfds.com) is as USA/UK funding service they grant me loan of $95,000.00 to launch my business and I have been paying them annually for two years now and I still have 2 years left although I enjoy working with them because they are genuine Loan lender who can give you any kind of loan.

    ReplyDelete