Pembelian kereta merupakan komitment berat jangka panjang. Beberapa perkara yang perlu diketahui sebelum anda membeli kereta
Kualiti dan daya tahan (Quality and reliability)
Masalah alat-ganti (Spare-parts)
Anda harus merujuk kepada mekanik bengkel atau kenalan sama ada dari forum atau kawan-kawan yang sudah memiliki kereta tersebut tentang kemudahan mencari alat ganti tersebut. Kesukaran mendapatkan alat-ganti akan menyebabkan kereta anda mungkin tersadai lama tanpa dapat dimanfaatkan kegunaannya.
Penjimatan minyak
Dalam keadaan harga petroleum yang sukar diramal, anda harus mengambil-kira penggunaan minyak sesebuah kereta. Anda boleh membaca review pengguna, ujian yang dijalankan oleh badan tertentu dan maklumat yang diberikan oleh pengeluar. Kereta yang jimat minyak membantu menjimatkan kocek anda.
Ciri-ciri keselamatan kereta
Kereta moden didatangkan dengan banyak ciri-ciri keselamatan. Airbags, ABS, EBD dan sebagainya. Dalam membeli kereta baru anda harus menimbangkan ciri-ciri keselamatan sesebuah kereta.
Bilangan keluarga anda
Keluarga yang besar memerlukan MPV untuk membawa semua ahli keluarga. Kereta kecil, seperti Perodua Kancil, tidak seharusnya disumbatkan lebih dari 4 orang dewasa kerana saiznya yang kecil. Ini membahayakan nyawa pemandu dan penumpang.
Nilai Jual semula (Resale value)
Anda juga harus mengambil kira nilai jual semula kereta tersebut.
Kawan-kawan diminta menambah faktor-faktor lain, dalam ruangan comments, yang harus dipertimbangkan sebelum membeli sesebuah kereta. Semoga memberi manfaat kepada kita semua. Thank you.
No comments:
Post a Comment