KERETA DI MALAYSIA ERA 70-AN

Alunan lagu-lagu lama mengingatkan kembali kepada kenangan era 70an. Ahmad Jais, A Razak, J Mizan, Andre Goh, M Daud Kilau, Uji Rashid, Sharifah Aini, Dahlan Zainudin, Hail Amir, DJ Dave, Latif Ibrahim, Othman Hamzah adalah antara nama-nama besar industri muzik era 70-an.

Pada era itu, terutama di luar Kuala Lumpur, jalan raya lengang sahaja. Tidak ada highway seperti sekarang. Tidak banyak kereta lalu-lalang. Walaupun tiga dekad telah berlalu, ingatan terhadap kereta-kereta yang popular di era itu masih jelas tersimpan dalam memori. Kebanyakan cikgu-cikgu datang berkereta ke sekolah. Murid-murid yang aktif sukan atau pertandingan nyanyian / tarian, berpeluang merasa naik kereta cikgu.

Tidak seperti scenario hari ini, kereta Continental Eropah seperti Volswagen kura-kura, Morris Mini, Morris Minor, Ford Escort, Ford Cortina, Volvo, Mercedes, Alfasud, Fiat, Opel Kadett, Vauxhall, Triumph, Peugeot begitu popular ketika itu. Barangkali sebelum kereta Proton dikeluarkan, harga kereta Continental Eropah tidak semahal hari ini.

Untuk generasi yang membesar di era 70an dan 60an, untuk membangkitkan memori silam, kita imbas kembali beberapa gambar-gambar kereta tersebut. Untuk generasi kini, mungkin masih boleh melihat kereta-kereta buruk ini di atas jalanraya terutama di bandar tertentu seperti Ipoh. Suatu ketika dahulu, kereta-kereta buruk ini adalah kereta yang menjadi idaman dan kebanggaan generasi era 70an.


Morris Mini
Source


Morris Minor


Morris Austin 1100




Volkswagen Kura-Kura
Source




Peugeot 204



Peugeot 404


Peugeot 504




Opel Kadett B


Opel Kadett C



Fiat 127



Fiat 850



Ford Escort


Alfasud


Volvo Amazon
Source


Volvo 144


Merc 240D Taxi


Vauxhall FD Victor
Source


.

No comments:

Post a Comment